Apakah Berita Baik Yesus
For non-muslim only
Setiap orang yang percaya kepada Yesus berhak menyembah dan memuji Tuhan menggunakan Bahasa ibunda mereka. Itulah sebab kami memulakan pelayanan Bahasa Malaysia ini untuk melayani saudara-saudari yang sedemikian, terutamanya Orang Asli, orang Sabah dan Sarawak dan juga orang Indonesia. Jemputlah kawan-kawan yang menggunakan Bahasa Malaysia/Indonesia agar dapat memuji Tuhan bersama-sama. Pada masa ini, kebaktian dijalankan secara online setiap hari Ahad (6.00pm) dan anda boleh menontonnya melalui laman Facebook kami.
Pernahkah anda mendengar tentang Empat Hukum Rohani?
Sebagaimana wujudnya hukum-hukum alam yang mentadbir alam semesta ini, demikian juga ada hukum-hukum rohani yang mentadbir hubungan anda dengan Tuhan.
Empat Hukum Rohani
Hanya bersetuju bahawa Yesus Kristus ialah Anak Tuhan dan Dia mati di atas salib kerana dosa kita adalah tidak mencukupi. Begitu juga dengan pengalaman emosi. Kita mesti menerima Yesus Kristus melalui iman sebagai tindakan nekad kita.
- Bulatan manakah yang mencerminkan hidup anda?
- Bulatan manakah yang anda ingin mencerminkan hidup anda?
Berikut menjelaskan bagaimanakah anda boleh menerima Kristus:
Anda Boleh Menerima Kristus Saat Ini juga dengan Berdoa Berdasarkan Iman.
Doa ialah percakapan dengan Tuhan.
Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia lebih mementingkan sikap hatimu daripada kata-katamu.
Berikut merupakan satu doa yang disarankan:
“Tuhan Yesus, saya memerlukan Engkau. Saya membuka pintu hatiku dan menerima Engkau sebagai Penyelamat dan Tuhanku. Terima kasih kerana mati di atas kayu salib untuk mengampunkan dosa-dosaku. Terima kasih kerana memberi hidup yang kekal kepadaku. Jadikanlah aku seorang peribadi mengikut kehendak-Mu. Amin.”
Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Jika ya, ucapkan doa ini sekarang juga.
Kristus akan masuk ke dalam hidupmu seperti yang telah dijanjikan-Nya.
BAGAIMANA MENGETAHUI BAHAWA KRISTUS BERADA DI DALAM HIDUP ANDA.
Sudahkah anda mengundang Kristus masuk ke dalam hidup anda semasa anda berdoa?
Berdasarkan janji-Nya dalam Wahyu 3:20, di mana Kristus sekarang dalam hubungan-Nya dengan anda?
Kristus berjanji bahawa Dia akan masuk ke dalam hidup anda. Adakah Dia akan menyesatkan anda?
Alkitab Menjanjikan Hidup Yang Kekal…
..kepada semua orang Yang menerima Kristus.
“Kesaksian itu ialah: Tuhan memberi kita hidup yang kekal dan hidup ini ada di dalam Anak-Nya. Sesiapa yang memperoleh Anak itu, memperoleh hidup itu. Dan sesiapa yang tidak memperoleh Anak Tuhan, tidak memperoleh hidup itu. Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada nama Anak Tuhan agar kamu mengetahui bahawa kamu memperoleh hidup yang kekal.” (1 Yohanes 5:11-13)
Bersyukurlah kepada Tuhan bahawa Kristus berada di dalam hidup anda dan Dia tidak akan meninggalkan anda (Ibrani 13:5b). Anda boleh mengetahui bahawa Kristus tinggal di dalam hidup anda dan anda mempunyai hidup yang kekal pada ketika anda mengundang Dia berdasarkan janji-Nya. Dia tidak akan memperdayakan anda.
Peringatan yang penting…
Jangan Bergantung Pada Perasaan
Janji dalam Firman Tuhanlah yang berwibawa – bukan perasaan kita. Orang Kristian hidup dengan iman (percaya) pada kesetiaan Tuhan dan Firman-Nya. Gambarajah keretapi ini menggambarkan hubungan antara FAKTA (Tuhan dan Firman-Nya), IMAN (kepercayaan kita pada Tuhan dan Firman-Nya), dan PERASAAN (akibat daripada iman dan ketaatan kita). ( Baca Yohanes 14:21)
Keretapi itu boleh berjalan dengan atau tanpa gerabak penumpang. Sebaliknya, mustahil untuk menarik keretapi itu dengan gerabak penumpangnya. Demikian juga, kita sebagai seorang Kristian tidak harus bergantung pada perasaan tetapi meletakkan iman kita pada kesetiaan Tuhan dan janji-janji dalam Firman-Nya.
SESUDAH ANDA MENERIMA KRISTUS
Pada saat anda menerima Kristus melalui iman, banyak hal telah berlaku dalam hidup anda, termasuk hal-hal berikut:
- Tuhan Yesus yang diwakili oleh Roh Kudus telah berada di dalam hati anda (Wahyu 3:20; Ephesus 1:13-14 ; Roman 8:14-17)
- Dosa-dosa anda telah diampunkan (Kol 1:14; 1 Yohanes 1:9)
- Anda telah menjadi seorang anak Tuhan (Yohanes 1:12; Roma 8:15-16)
- Anda telah mempunyai hidup yang kekal (Yohanes 5:24)
- Anda telah memulai perjalanan hidup yang selaras dengan rancangan Tuhan untuk hidup anda. (Yohanes 10:10; 2 Kor 5:17; 1 Tesalonika 5:18)
Bolehkah anda fikirkan hal lain yang lebih istimewa daripada menerima Kristus? Mahukah anda sekarang mengucap syukur kepada Tuhan kerana apa yang Dia telah lakukan untuk anda? Perbuatan bersyukur kepada Tuhan menunjukkan iman.
Untuk menikmati hidup baru anda dengan sepenuhnya…
SARANAN-SARANAN UNTUK PERTUMBUHAN ROHANI
Pertumbuhan rohani adalah hasil daripada ketaatan kepada Kristus. “..Orang yang benar akan hidup dengan iman.” (Galatia 3:11)
Hidup yang berdasarkan iman akan membolehkan anda semakin taat kepada Tuhan dalam segala hal kehidupan anda, dan mempraktikkan hal-hal berikut:
Tiap-tiap hari, datang ke hadirat Tuhan melalui doa. (Yohanes 15:7)
Usaha dalam membaca Alkitab setiap hari- Anda boleh bermula dengan Injil Yohanes. (Kisah 17:11)
Mentaati Tuhan dengan melakukan apa yang anda telah baca dari Alkitab. (Yohanes 14:21)
Bersaksi tentang Kristus sama ada melalui percakapan mahupun cara hidup anda. (Matius 4:19, Yohanes 15:8)
Usaha dalam mempercayai Tuhan dalam segala hal kehidupan anda. (1 Petrus 5:7)
Hendaklah anda membiarkan Roh Kudus menguasai dan memberi kuasa kepada anda dalam kehidupan seharian dan kesaksian anda. (Galatia 5:16-17; Kisah 1:8)
Kepentingan Sebuah Gereja Yang Baik
Dalam Ibrani 10:25, kita diperingatkan supaya “janganlah kita menghentikan kebiasaan kita berkumpul bersama-sama.” Beberapa potongan kayu yang dibakar bersama-sama akan bernyala marak, tetapi apabila salah sepotong kayu itu diasingkan, apinya pasti akan padam. Demikian juga hubungan anda dengan orang-orang Kristian yang lain.
Jika anda bukan anggota sesebuah gereja, janganlah menunggu undangan. Ambillah inisiatif untuk menghubungi gereja yang berdekatan di mana nama Yesus Kristus diagungkan dan Firman Tuhan dikhutbahkan. Mulailah minggu ini dan buat rancangan untuk tetap menghadiri gereja itu.
Artikel ini dipetik daripada laman web Know God.
Masih tidak yakin siapakah Yesus?
Baca Alkitab
Baca Artikel “Siapakah Yesus”
Tontonlah filem tentang Yesus.


Email: danielloh@gbcpg.org
Office: 604-2287110




































































